"biasa sehelai jual berapa ye?"
tips berniaga bundle: edisi orang baru: Antara soalan yang saya kerap dapat daripada mereka yang baru nak beli bale (guni bundle) untuk kali pertama adalah “biasanya jual berapa ye sehelai?” Sebelum saya menjawab soalan ni, (saya ada dua bentuk jawapan untuk soalan ni) suka untuk saya jelaskna beberapa perkara. Pertama, saya tidak kisah untuk menjawab soalan anda, tetapi saya sangat kisah orang yang tanya terlalu banyak sehingga perincian yang kecil. Ini kerana bundle bukanlah seperti beli borong pakaian baru. Kedua, saya lagi kisah apabila tanyak banyak tapi tak beli pun (maybe beli dengan orang lain), kemudian beberapa lama kemudian tanya lagi kemudian diam balik. Saya faham, sebagai pembeli memang wajar untuk pembeli tahu dan faham sebelum membuat pembayaran, namun begitu, penting juga untuk anda faham bahawa saya bukanlah kaunter pertanyaan, untuk anda mendapat jawapan pantas. Pakcik google kan ada. Apapun, kita “cut thing short”, maka saya akan jawab soalan dia...
Comments
Post a Comment