bundle tu apa ek??

BUNDLE Tu Apa Ek???


Apa Itu Bundle? Bahasa Yang Paling Senang: Bundle Atau Pakaian Bundle Ini Adalah Pakaian Pakaian Yang Terpakai. Bundle Biasanya Dijual Dengan Harga Yang Murah. Sangat Murah. Saya Pernah Jumpa Travel Agent Yang Bawa Orang Kita Travel Ke Negara China Di Musim Sejuk. Dia Kata," Pakej Saya Termasuk Dengan Pakaian Musim Sejuk, Saya Tolong Belikan Bundle Jer, Murah-murah...Lagipun Rugi Jer Beli Harga Beratus-ratus, Bukan Selalu Pakai Pun".


Stok Bundle Tak Macam Stok Butik Mahal Dekat Shopping Complex Sana. Bundle Punya Kuantiti Untuk Salah Satu Barangan, Sangat Terhad.Barang 'Rare' Orang Putih Cakap. Kalau Dapat Beli Yang Betul Betul Best, Memang Puas Hati.


Kebanyakan Bundle Diimport Dari Negara Luar Macam UK, US, Korea, Jepun Dan Lain Lain.Pakaian-pakaian Ini Akan Dikumpulkan Dan Dibungkus Dalam Guni. Ini Yang Dipanggil BUNDLE. Guni-guni Bundle Ini Kemudian Akan Dijual Kepada Pembekal Secara Pukal. Guni Ni Kami Buka Dan Check Pakaian Sehelai Demi Sehelai, Istilahnya "Belloh Guni"...Part Ni Very Interesting Sebab Teruja nak Tengok Apa Kandungan Dia...Sebabnya: Selain Daripada Pakaian Terpakai, Ada Juga Pakaian Baru. Macamana Nak Kenal? Ada Tagging...Takkan Pakai Baju/Seluar Tapi Tagging Tak Buang Kan? Kemungkinan Besar Pakaian Ini Dibeli Dan Tidak Dipakai Langsung Atau Pakaian Ini Adalah Pakaian Stok Lama Dari Kedai. Kadang-kadang Dapat Stok Yang Sangat Rare, Payah Nak Dapat Kat Pasaran...Kalau Muat, Tokey Kedai La Rembat Dulu, Hahahaha....
Kepada Mereka Yang Tak Pernah Atau Tak Minat Pakaian Bundle Mesti Berasa Pelik Kenapa Ada Orang Suka Dan Sanggup Pakai Pakaian Terpakai. Sampai Ada Pula Yang Geli Kerana Menganggap Pakaian Ni Bekas Orang Lain Dan Kotor. Terpulanglah Kepada Citarasa Dan Minat Masing-masing. Tapi Apa Yang COOL Tentang Pakaian Bundle Ni Adalah Pakaian Yang Berkualiti Tinggi Terutama Pakaian Yang Diimport Dari US. Kualiti Kain Dan Printing Memang Bagus. Jenama-jenama Besar Seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson Memang Menjadi Pilihan Peminat-peminat Bundle ni. Belum Masuk Lagi Kasut Berjenama Yang Mempunyai Peminatnya Tersendiri. Kalau Display Kat Kedai Tu, Memang Tak Lama. Sekejap Nanti Ada Peminat Dia Datang Beli.



Pakaian Bundle Ni Kotor? Meh Kami Terangkan...Semua Pakaian Yang Dibungkus Dalam Setiap Bundle Yang Diimport Telah Diletakkan Sabun Untuk Membunuh Kuman Dan Mengelakkan Penyakit. Sebab Itu Kalau Kita Pergi Ke Kedai-kedai Bundle, Kita Boleh Cium Satu Bau Yang Sama Je. Ini La Bau Yang Orang Panggil "Bau Bundle".


sumber asal: nuar bundle - kuala krai

Comments

Popular posts from this blog

"biasa sehelai jual berapa ye?"

APA ITU PAKAIAN BUNDLE

bale baby - pengenalan